Tapi bagaimana pula si dia jenis yang tidak suka bercerita tentang apa yang sedang di alami ataupun berat mulut untuk berkata-kata? Ia membuatkan kita sering tertanya-tanya apakah yang sedang bermain difikirannya. Apa yang sedang membelenggu dirinya. Tanda tanya ini membuatkan kita sering salah faham. Mulalah berfikir yang bukan-bukan.
Sikap dan kelakuan seseorang itu adakalanya sukar untuk ditafsirkan. Adakalanya dalam sekelip mata sahaja, dia boleh berubah sikap. Ibarat air pasang yang menjadikan laut sebagai mangsa. Bila tiba air pasang, ombak pun boleh menjadi ganas dan memukul pantai tanpa rasa belas simpati. Tapi pantai masih setia menanti pukulan ombak. Begitu juga dengan sikap seseorang. Jika dialah yang bertakhta di hati sekarang ini, terimalah seadanya. Apa pun kita harus faham dengan situasi si dia. Adakalanya mood si dia OK, dan ada ketikanya tidak.
*******************************************************************************************************************************
Berikutan itu, mari kita tinjau 10 situasi bagi lelaki dan perempuan yang harus kamu fahami:
LELAKI
1) Bila Si dia sibuk....
- Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2) Bila Si dia Ego
- Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya kerana ketegasan.
3) Bila Si dia romantik...
- Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit-selit sekali perancangan untuk masa hadapan.
4) Bila Si dia panas baran..
- Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.
5) Bila Si dia penat....
- Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambahkan kepenatan.
6) Bila Si dia pentingkan diri sendiri...
- Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.
7) Bila si dia mengongkong...
- Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.
8) Bila si dia selamba....
- Cuba tarik perhatian si dia.Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.
9) Bila si dia curang...
- Jangan tuduh si dia tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap sebegitu. Tapi kalau dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan di hati.
10) Bila si dia lurus bendul...
- Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.
*****************************************************************************************************************************
PEREMPUAN
1) Bila si dia merajuk...
- Cuba pujuk. Mungkin dengan menghadiahkan bunga, etc atau kata-kata penuh semangat dan ceria. Tak salah kalau nak buat lawak sampai si dia tergelak.
2) Bila si dia sedih..
- Kamu patut berada disampingnya di saat ini. Si dia amat memerlukan seseorang untuk sama-sama merasai kesedihan yang dialami. Mungkin kamu patut memberi kata perangsang agar si dia kembali bersemangat dan melupakan kesedihannya itu.
3) Bila si dia ceria..
- Buatlah sesuatu untuk si dia terus ceria. Mungkin kamu berdua patut buat satu aktiviti bersama-sama sambil bergelak ketawa. Lupakan masalah di ketika itu.
4) Bila si dia tertekan...
- Tanyakan pada si dia apa masalah yang dihadapinya. Kalau si dia perlukan pendapat kamu, jangan kedekut untuk memberi pendapat kamu. Manalah tahu, dengan pendapat kamu itu, kurang sedikit tekanan yang dihadapinya itu.
5) Bila si dia jual mahal...
- Kena ambil masa kalau benar-benar kamu ingin mendekatinya. Kalau kamu tidak berputus asa dan tetap cuba mendekatinya dengan cara yang betul, tentu lama-lama si dia akan cair juga. Manalah tahukan!
6) Bila si dia cemburu...
- Jangan cuba menaikkan lagi kecemburuannya kerana ia akan menimbulkan pergaduhan. Apa kata kalau kamu berdiam dahulu dan kemudian bila 'anginnya' reda barulah kamu berterus-terang dan memintanya untuk memahami kamu.
7) Bila si dia berleter...
- Buat tak tahu sahaja dan jangan ambil serius perkara yang dileterkan. Kamu patut tahu kenapa si dia berleter. Perempuan akan berleter jika ada sesuatu yang ingin diluahkannya kepada si dia dan berharap sangat agar si dia memahaminya. Cuba berbincang, dan kalau boleh kamu kenalah minta si dia berhenti dari terus berleter tapi dengan cara yang lembutlah. Jangan menengking ataupun menyindir pula!
8) Bila si dia sensitif...
- Kamu patut faham mengapa dan apakah yang buat si dia sensitif. Lagipun sudah sifat semulajadi seorang perempuan dan kamu jangan pula mengambil hati bila si dia bersikap sebegini. Sebaliknya kamu kenalah tenang menangani masalah ini dan jangan membesar-besarka perkara tersebut.
9) Bila si dia manja...
- Layanlah kerenahnya kerana tentu dia sedang dalam keadaan yang ceria. Masa sebegini menandakan yang si dia memerlukan perhatian kamu. Malah mungkin belaian kamu. Tapi bukan belaian sembarangan sampai buat sesuatu yang melanggar batas agama pula. Sebaliknya kamu patut lebih mengambil berat dan menunjukkan kasih sayang kamu pada si dia.
10) Bila si dia mengada-ada...
- Apa kata kalu kamu meminta si dia supaya jangan berperangai seperti kebudak-budakan. Cuba bersikap matang sesuai dengan umur. Tapi cara kamu menegur si dia perlu betul, jangan main ikut sedap mulut sahaja!
No comments:
Post a Comment